Sungguhpun, kelahiran Malaysia telah dialu-alukan oleh dunia namun rejim
Indonesia dan Filipina ketika itu menentang kelahiranya. Kedua-duanya telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Rejim Indonesia juga telah melancarkan ‘konfrantasi' yg pada hakikatnya peperangan tanpa perisytiharaan.
Pasukan keselamatan negara kita bersama dengan pasukan keselamatan negara
sahabat telah memperolehikejayaan dalam pentempuran di hutan Sarawak Kalimantan, di Paya Rawa , Pontian dan Labis. Dan yang
penting sekali di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Konfrantasi ini berakhir pada bulan Mei 1966.
Tahun 1993 ini, maka genaplah usia kemerdekaan Tanah Melayu selama 47 tahun
sejak tahun 1957.Keadan politik negara dalam tempoh 47 tahun ini terus stabil, walaupun terdapat sedikit ‘kekacauan'
namun dengan adanya Sistem Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara kita, ianya berjalan dalam suasana yana aman damai.
Kestabilan telah membolehkan kerajaan, sejak dari pimpinan Tunku Abdul Rahman,
Tun Abdul Razak, Hussein Onn dan kini Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad,membina ekonomi negara melalui rancangan - rancangan
pembangunannya di pelbagai bidang dalam keadaan dan suasana yang begitu baik.
Sememangnya, tidaklah dinafikan, dalam sejarah 47 tahun kita merdeka memang
terdapat detik – detik peristiwa hitam seperti Peristiwa 13 Mei 1969 yang disebabkan oleh tindak - tanduk parti-parti
politik perkauman yang keterlaluan.
Namun keadaan ini telah dapat diatasi, berkat usaha yang bersunguh-sungguh
kepimpinan Kerajaan memupuk kembali suasana yang harmoni dan muhibbah di kalangan rakyat berbilang kaum.Sesungguhnya, sejak
kita mencapai Kemerdekaan hingga kini, melalui proses pilihanraya umum, kita mempunyai sebuah Kerajaan Pusat yang kuat dan
mantap, berwibawa, berkesanggupan meneruskan usaha ke arah kemajuan melalui rancangan-rancangan yang dapat memenuhi kehendak
dan keperluan rakyat.