Make your own free website on Tripod.com

Kemerdekaan 1957

Kronologi Kemerdekaan

Kemerdekaan 1957
Pengenalan
Objektif
Penyediaan
Kemerdekaan
E-album
Rancangan Mengajar
Latihan
Pautan

Perjuangan kemerdekaan tanah air bolehlah dikatakan bermula dalam tempoh antara dua peperangan dunia. Perasaan ingin bebas dibelenggui penjajahan, telah terpendam di hati orag Melayu sejak tiupan semangat kemerdekaan di Indonesia serta rasa curiga atas dasar pintu terbuka yang diamalkan oleh penjajah British ketika itu.

Berikutan dengan pendudukan Jepun di Tanah Melayu sejak bulan Disember 1941 dan sehinggalah kembalinya Tentera Bersekutu dalam tahun 1945, nggeris telah merencanakan perubahan-perubahan perlembagaan.

Rancangan Malayan Union dirunding secara sulit dengan Raja-Raja Melayu oleh utusan kerajaan Inggeris, Sir Harold Mac Micheal yang memaksa Raja-Raja Melayu menerimanya.Tetapi ketika itu, parti-parti politik sudah pun tertubuh.

Dua parti yang terpenting ketika itu ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang pro-Indonesia pimpinan Dr.Burhanuddin dan UMNO, gabungan daripada beberapa Kesatuan Melayu diketuai oleh Dato' Onn Jaafar.

PKMM kemudiannya bergandingan dengan kumpulan-kumpulan kiri yang lain untuk membentuk satu barisan bersama menuntut pembubaran Malayan Union dan digantikan dengan Republik Malaya.UMNO sebaliknya, terus mendukung hak-hak orang Melayu dan perjuangan mereka berjaya dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu dalam bulan Februari 1948 menggantikan Malayan Union.

Sebagai langkah awal ke arah kemerdekaan, Sistem Ahli dimulakan dalam tahun 1951 dan dalam tahun 1952, beberapa ahli telah dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja.

Dalam tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London utk membincangkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.Tarikh itu telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957.

"Kami Membina Pemimpin Masa Hadapan"

SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, Bota
amkdary@hotmail.com
ija1972@yahoo.co.uk