Make your own free website on Tripod.com

Kemerdekaan 1957

Latar Belakang Kemerdekaan

Kemerdekaan 1957
Pengenalan
Objektif
Penyediaan
Kemerdekaan
E-album
Rancangan Mengajar
Latihan
Pautan

Tarikh 31 Ogos 1957,jam 12 malam menjelang hari yg disifatkan sebagai tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia,adalah saat paling bersejarah.Ia menandakan berakhirnya dilemma zaman penjajahan tentera British terhadap negara kita, Malaysia (sebelum ini Malaya). Tarikh keramat itu disambut dgn laungan dan pekikan MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! oleh seluruh rakyat Malaysia, sebagai tanda bebas dari belenggu penjajahan hasil drpd perjuangan gigih pejuang-pejuang tanah air dlm menuntut kemerdekaan tanah melayu.

Di hari yang bertuah itu,sejak dari senja lagi,beribu-ribu rakyat tlh berkumpul di padang Kelab Selangor dan kawasan sekitarnya yang bergemelapan dgn cahaya lampu yg berwana-warni utk menyertai upacara menurunkan bendera Union Jack dan menaikkan bendera Malaysia.

Sebaik sahaja jam besar di bangunan Sultan Abdul Samad berdenting sebanyak 12 kali, teriakan MERDEKA! Berkumandang di udara dan detik ini bermulalah sejarah baru tanah air yg merdeka.

Menjelangnya tarikh 31 Ogos 1957, persediaan-persediaan daripada pihak kerajaan dan rakyat untuk menyambut dan merayakan kemerdekaan itu telah siap sedia diatur secara besar-besaran. Seluruh negeri di Persukutuan Tanah Melayu tlh dihiasi dengan berbagai-bagai hiasan. Bangunan-bangunan,terutama bangunan kerajaan,perniagaan,persekutuan-persekutuan dan lain-lain tlh dihiasi dgn bendera-bendera,lampu-lampu bergemelapan dgn membentuk huruf ‘MERDEKA'.

Perayaan menyambut kemerdekaan di Kuala Lumpur telah diadakan selama 11haru mulai dari 29 Ogos hingga 7september 1957 .

Susunan aturcara rasmi perayaan merdeka itu dimulakan dgn upacara menyambut keberangkatan tiba yang Teramat Mulia Duke dan Duchess of Glocester serta puteranya,Prince William.Pada hari Khamis,29 Ogos 1957,dua hari sblm tarikh perayaan Kemerdekaan itu disambut ,Duke Duchess ofGlocester serta puteranya tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur .Dyke of Glocester,ialah bapa saudara kepada Queen Elizabeth dan beliaulah yg menjadi Pegawai Peribadi Baginda Queen did lm perayaan merdeka dan utk tujuan menyerahkan surat perlembagaan bagi menarik balik kuasa British menaungi Negeri-Negeri Melayu dan Kedaulatan Mahkota British ke atas Pulau Pinang dan Melaka, kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu ,Tunlu Abdul Rahman Putra Al-Haj,di dalam istiadat Perisytiharaan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 .

Pada keesokan harinya, iatu hari hari Jumaat 30Ogos 1957, perayaan di Kuala Lumpur terus disambut dgn penuh meriah .Selain drpd Majlis doa selamat dan kesyukuran di masjid-masjid ,turut menjadi detik penting dlm sejarah Negara ialah pembukaan rasmi Stadium Merdeka.Selaindrpd menjadi gelanggang sukan Negara ia juga dijadikan tempat perisytiharaan kemerdekaan .Upacara pembukaan rasmi Stadium Merdeka itu tlh diadakan pada jam 8:15 pagi dgn dilangsungkan pertunjukan senaman beramai-ramai murid-murid sekolah.

"Kami Membina Pemimpin Masa Hadapan"

SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, Bota
amkdary@hotmail.com
ija1972@yahoo.co.uk