Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada bulan Jun 1957. Draf Perlembagaan Merdeka telah dibentangkan
untuk diluluskan oleh Majlis Perundingan Persekutuan. Pada 15 Ogos 1957, upacara menandatangani Perjanjian Merdeka 1957 telah
diadakan antara raja-raja Melayu dengan British di Kuala Lumpur.
Perlembagaan merdeka mempunyai beberapa fasal penting. Antaranya ialah:
> Sebuah kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu.
> Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
> Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran negara dibantu oleh sebuah kabinet.
> Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
> Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
> Kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yanmg lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Kerayatan secara permohonan dengan syarat
tertentu juga diberi pertimbangan.
> Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa mengurangkan hak warganegara yang lain.
|